Assalamualaikum & Salam sejahtera
Alangkah seronoknya kita dapat menyusukan bayi dengan susu badan kita sendiri. Susu badan kita ni adalah sumber makanan lengkap untuk bayi. Ianya dapat membekalkan zat-zat dan sumber nutrisi untuk tumbesaran dan perkembangan otak bayi kita. Tetapi berapa ramaikah mummy2 kat luar sana yang tahu kebaikan lain bila menyusukan anak kita?
- Bagi ibu yang baru bersalin, apabila bayi mula menyusu, ia secara langsung dapat membantu mengecutkan rahim selepas bersalin dan mengurangkan pendarahan. Semasa proses pengecutan rahim lebih kurang pada hari ketiga atau keempat selepas bersalin, seorang ibu merasa sakit seperti senggugut sewaktu baby menghisap susu. Tetapi sakitnya tidak lama kerana ia hilang selepas hari kelima. Jika anda merasa sakit, ia adalah sesuatu yang normal dan ini menunjukkan proses pengecutan rahim sedang berlaku.
- Bagi ibu menyusu, penyusuan itu sendiri menjadi seperti “pil perancang” kerana ia dapat menjarakkan kehamilan secara semulajadi. Selepas bersalin, kedatangan haid menjadi lambat (mungkin sehingga 12 bulan!) semasa penyusuan secara eksklusif.
- Kajian ada menunjukkan, penyusuan susu ibu mengurangkan risiko kanser payudara dan ovari serta risiko osteoporosis. Jika diet kita mengandungi banyak buah-buahan dan sayuran segar, maka bertambah rendahlah risiko penyakit-pemyakit berikut.
- Semasa mengandung, berat badan ibu akan naik disebabkan pertambahan darah dan lemak dalam badan serta “water retention”. Semua pertambahan ini akan hilang apabila ibu menyusu bayinya. Menyusu bayi membantu ibu kembali kepada berat badan asal sebelum bersalin. Kajian juga mengatakan ibu yang menyusu bayinya lebih cepat turun berat badan dibandingkan dengan ibu yang menyusu bayinya dengan susu formula.
- Menyusu bayi dengan susu ibu dapat mengurangkan kos kerana tidak perlu membeli susu formula. (Sungguhpun begitu, kalau rasa tidak mampu untuk meneruskan dengan susu badan sekurang-kurangnya 6 bulan, jangan rasa terkilan kerana anda telah berjaya menyusui bayi anda selama yang anda mampu.)
- Susu ibu merupakan sumber imunisasi pertama bayi, mengandungi kolostrum yang hanya dikeluarkan pada 3 hari pertama kelahiran, bertindak sebagai antibodi untuk melindungi bayi daripada jangkitan dan alahan. Ini membantu mengurangkan masalah alahan yang mudah terjadi pada bayi. Jikalau bayi selsema, susu ibu boleh mempercepatkan pemulihan daripada selsema.
- Susu ibu mudah hadam serta tidak timbul masalah sistem penghadaman. Oleh itu, bayi anda tidak kerap buang air besar. Mungkin ada ibu-ibu yang risau tentang ini. Ini adalah normal untuk bayi yang menyusu badan secara eksklusif, bayi anda mungkin buang air besar selang 2-3 hari. Ada juga yang seminggu.
- Susu ibu sentiasa ada, memudahkan “on demand feeding” serta sentiasa sedia pada suhu yang tetap. Sungguhpun bekerja, susu ibu boleh diperah dan disimpan dengan mudah sekali.
- Penyusuan bayi menggalakkan ikatan (bonding). Kajian juga menunjukkan bayi yang disusui membesar menjadi seorang dewasa yang bertimbangrasa dan mudah memahami orang lain.
- Bayi yang disusui lebih daripada 6 bulan membesar dengan risiko rendah untuk mendapat tekanan darah tinggi dan paras kolestrolnya yang rendah.
Kebaikan ibu menyusu bayi memang banyak dan mungkin ada lagi selain daripada yang disebut di atas. Mungkin ada ibu-ibu lain yang tahu dan boleh kongsikan? Kebaikannya tidak terhad kepada bayi sahaja malah untuk ibu yang menyusu juga. Hasil daripada ibu menyusu bayi memberi kesan yang berpanjangan untuk kedua-dua ibu dan anak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan