Jumaat, 3 April 2015

MILK BOOSTER Momma Susu Terbaik Untuk Ibu Hamil dan Ibu Menyusu

 

Susu terbaik untuk ibu menyusu. Susu terbaik untuk ibu hamil. Momma. Pernah dengar jenama susu ini? Momma merupakan jenama produk susu bernutrisi yang akan dapat membantu ibu mengandung, malah ibu yang menyusukan anak untuk kekal sihat serta cergas, dalam masa sama bekalkan nutrisi lengkap buat anak.

Susu Momma merupakan susu kesihatan dan juga kecantikan formulasi susu kambing 4 dalam satu. Ia mengandungi milk booster, diakui yang pertama di Malaysia yang merangkumi 4 aspek penting bagi setiap wanita bergelar ibu, apatah lagi buat ibu yang sedang hamil dan juga ibu yang sedang menyusukan anak.

Momma Terbaik Buat Ibu Hamil dan Menyusu

Susu Terbaik Ibu Hamil Menyusu
Apakah empat dalam satu yang dimaksudkan?
  1. Cantik - Susu Momma membantu untuk menghalus dan mencantikkan kulit ibu dan juga bayi.
  2. Sihat - Susu Momma membantu memberikan kesihatan yang baik dan mengawal tekanan (stress).
  3. Bertenaga - Susu Momma dapat membantu ibu-ibu hamil serta menyusu yang sering keletihan mendapatkan tenaga.
  4. Bijak - Susu Momma mengandungi EPA dan DHA yang boleh membantu meningkatkan perkembangan otak bayi.

Momma Formulasi Susu Kambing Terbaik - 12 bahan terbaik Ibu Hamil Menyusu

4 Perkara Terbaik untuk Ibu Menyusu dan Hamil

4 perkara - cantik, sihat, bertenaga dan bijak boleh anda dapati hanya menerusi satu produk susu - iaitu susu Momma. Bukan sahaja susu Momma ini dijadikan sebagai milk booster, tetapi boleh dapat empat kelebihan yang lain .... kira memang berbaloilah minum susu ini.

Saya tertarik formulasi rahsia susu Momma ini, yang dikatakan formulasi terkini mengadunkan campuran 12 bahan semulajadi antaranya terdiri dari bahan-bahan sunnah termasuklah susu kambing, yang berfungsi untuk bekalkan nutrisi lengkap diperlukan bagi keperluan ibu dan anak.

Difahamkan, 5 daripada 12 bahan formulasi rahsia tersebut telah terbukti berkesan bersandarkan kepada testimoni pelanggan yang mana ia membantu meningkatkan kuantiti dan kepekatan susu ibu.

Formulasi rahsia yang diperkatakan itu ialah Zaitun, Kismis, Omega 3, Delima, Buah Tin, Habatus Sauda, Susu Kambing, Kurma, Madu, Safron, Inulin (prebiotic) dan Coklat. Rasanya ramai sudah tahu mengenai kelebihan 12 bahan ini. Jika disenaraikan, memang banyak khasiat dan masing-masing ada kelebihan untuk berikan yang terbaik buat nutrisi ibu dan anak.
Momma Formulasi Susu Kambing Terbaik - 12 bahan terbaik Ibu Hamil Menyusu

Ibnu Qayyim di dalam kitab perubatannya Medicine of the Prophet menyatakan Habbatus Sauda berupaya memulihkan penyakit-penyakit seperti batuk, bronchitits, masalah perut, kecacingan, masalah kulit seperti jerawat, sakit senggugut dan haid yang lain, menambah susu badan, menambah pengaliran air liur dan sebagainya.

Kesan pengambilan produk ini dapat dirasakan seawal 7 hari sekiranya diambil secara berterusan. Jangan risau, produk susu Momma ini sedap rasanya, sebab saya dah lihat beberapa testimonial pengguna yang mengakui kesedapan rasa coklat yang bagus untuk tanggani stress ini.


Susu Momma adalah susu terbaik untuk ibu hamil dan menyusu kerana ia rendah lemak, dan tanpa gula. Ia mengurangkan risiko buat ibu-ibu yang mengandung dan juga menyusu untuk terkena masalah kolesterol dan diabetes. Ia susu terbaik yang mengandungi DHA, Asid Folik dan juga kalsium yang tinggi selain EPA yang sangat baik untuk perkembangan bayi.
Susu untuk ibu menyusu dan ibu hamil

Banyak keluaran susu popular yang ada DHA dan EPA ini, jadi terbukti ia memang bagus untuk ibu dan anak. Anak-anak yang dalam tahap perkembangan awal pula memang perlukan asid folik dan juga kalsium; untuk pembentukan otak agar sel-sel otak sentiasa berhubungan, dan pastinya kalsium untuk tulang dan gigi yang sihat.

Susu Momma Halal dan Patuhi GMP

Mesti ramai yang ingin tahu samada produk ini halal?

Produk susu Momma adalah sah halal JAKIM dan memenuhi piawai pengilangan GMP. Ia dikeluarkan oleh Momma Food Industries dan merupakan produk Muslim. Ia bukannya ubat tetapi merupakan minuman kesihatan yang telah diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Oleh sebab itu, ramai ibu-ibu hamil dan menyusukan anak menggunakan produk ini untuk kekal sihat serta cantik. Sihat dan cantik buat ibu; dan juga untuk anak... memang terbaik!

Susu Momma Bebas Kesan Sampingan

Susu Momma boleh diambil oleh ibu-ibu menyusu dan buat ibu hamil, seawal minggu pertama kehamilan. Tak ada masalah, kerana ia merupakan produk dari sumber semulajadi yang selamat, in Sha Allah, ibu-ibu yang ambil produk susu Momma ini tidak akan alami sebarang kesan sampingan kecuali kebaikan buat anak dalam kandungan, dan juga buat ibu yang menyusu.

testimonial susu kambing momma
Cara pengambilan susu Momma mudah sahaja. Anda hanya perlu bancuh 5 skoop susu Momma dengan air suam. Minum ketika sarapan atau sebelum tidur.

Jika berminat nak dapatkan produk susu Momma ini, anda boleh sms/whatsapp ke nombor di bawah dengan cara:
SMS/WhatsApp ke  019-275 3291

atau merujuk http://www.momma-nutrition.com/

Anda juga boleh melihat pelbagai testimoni serta berpeluang untuk sertai kontest yang sedang dijalankan di Fanpage Momma Club.

Anda boleh rujuk di sini - https://www.facebook.com/momma.nutrition/timeline

Mungkin ada yang ingin tahu harga produk susu Momma ini. Harga yang telah disyorkan untuk jualan ialah:
  • RM70 1 x Susu Momma 450gm untuk 18x pengambilan. Harga tidak termasuk pos penghantaran.

"Assalamualaikum..alhamdulillah susu Momma saya dah nak habis..so saya nak order 3 teruslah.. alhamdulillah nampak ada perubahan..alhamdulillah..anak saya tak perlu minum susu formula..saya siap dah standby susu formula dekat rumah mak, takut tak cukup. Alhamdulillah setakat sekarang susu formula tu x berjaya dibuka lagi sebab susu saya masih cukup..SUngguh saya rasa lega. So bila saya minum Momma..alhamdulillah saya tak risau dah..sebab susu saya cukup untuk tinggal kat mak saya" - Pn Yati, Kedah.

Jika anda ibu yang sedang hamil, dan juga seorang ibu yang sedang menyusu, anda mungkin mahu mencuba produk ini yang nyata ramai dah berpuas-hati. Usah stress dengan kuantiti susu yang sedikit dan sukar untuk bayi, kerana susu Momma, in Sha Allah akan dapat bantu selesaikan masalah itu.

Dan lagi, ia bukan sahaja sebagai milk booster untuk ibu menyusu, kesihatan, kecergasan bayi juga akan dimanfaatkan menerusi pengambilan susu Momma yang berasaskan susu kambing amalan sunnah Nabi S.A.W.
Momma Susu Terbaik untuk Ibu Hamil dan Ibu Menyusu

Untuk pembelian segera:
 
Hubungi : 019-275 3291 (SMS/WHATSAPP)
 
TERIMA KASIH


Sumber: Momma Susu Terbaik untuk Ibu Hamil dan Ibu Menyusu http://www.hasrulhassan.com/2014/11/momma-susu-terbaik-ibu-hamil-menyusu.html#ixzz3WDTwukQ1
Under Creative Commons License: Attribution Non-Commercial

Khamis, 2 April 2015

10 kebaikan menyusukan bayi anda

Assalamualaikum & Salam sejahtera 
Alangkah seronoknya kita dapat menyusukan bayi dengan susu badan kita sendiri. Susu badan kita ni adalah sumber makanan lengkap untuk bayi. Ianya dapat membekalkan zat-zat dan sumber nutrisi untuk tumbesaran dan perkembangan otak bayi kita. Tetapi berapa ramaikah mummy2 kat luar sana yang tahu kebaikan lain bila menyusukan anak kita?

  1. Bagi ibu yang baru bersalin, apabila bayi mula menyusu, ia secara langsung dapat membantu mengecutkan rahim selepas bersalin dan mengurangkan pendarahan. Semasa proses pengecutan rahim lebih kurang pada hari ketiga atau keempat selepas bersalin, seorang ibu merasa sakit seperti senggugut sewaktu baby menghisap susu. Tetapi sakitnya tidak lama kerana ia hilang selepas hari kelima. Jika anda merasa sakit, ia adalah sesuatu yang normal dan ini menunjukkan proses pengecutan rahim sedang berlaku.
  2. Bagi ibu menyusu, penyusuan itu sendiri menjadi seperti “pil perancang” kerana ia dapat menjarakkan kehamilan secara semulajadi. Selepas bersalin, kedatangan haid menjadi lambat (mungkin sehingga 12 bulan!) semasa penyusuan secara eksklusif.
  3. Kajian ada menunjukkan, penyusuan susu ibu mengurangkan risiko kanser payudara dan ovari serta risiko osteoporosis. Jika diet kita mengandungi banyak buah-buahan dan sayuran segar, maka bertambah rendahlah risiko penyakit-pemyakit berikut.
  4. Semasa mengandung, berat badan ibu akan naik disebabkan pertambahan darah dan lemak dalam badan serta “water retention”. Semua pertambahan ini akan hilang apabila ibu menyusu bayinya. Menyusu bayi membantu ibu kembali kepada berat badan asal sebelum bersalin. Kajian juga mengatakan ibu yang menyusu bayinya lebih cepat turun berat badan dibandingkan dengan ibu yang menyusu bayinya dengan susu formula.
  5. Menyusu bayi dengan susu ibu dapat mengurangkan kos kerana tidak perlu membeli susu formula. (Sungguhpun begitu, kalau rasa tidak mampu untuk meneruskan dengan susu badan sekurang-kurangnya 6 bulan, jangan rasa terkilan kerana anda telah berjaya menyusui bayi anda selama yang anda mampu.)
  6. Susu ibu merupakan sumber imunisasi pertama bayi, mengandungi kolostrum yang hanya dikeluarkan pada 3 hari pertama kelahiran, bertindak sebagai antibodi untuk melindungi bayi daripada jangkitan dan alahan. Ini membantu mengurangkan masalah alahan yang mudah terjadi pada bayi. Jikalau bayi selsema, susu ibu boleh mempercepatkan pemulihan daripada selsema.
  7. Susu ibu mudah hadam serta tidak timbul masalah sistem penghadaman. Oleh itu, bayi anda tidak kerap buang air besar. Mungkin ada ibu-ibu yang risau tentang ini. Ini adalah normal untuk bayi yang menyusu badan secara eksklusif, bayi anda mungkin buang air besar selang 2-3 hari. Ada juga yang seminggu.
  8. Susu ibu sentiasa ada, memudahkan “on demand feeding” serta sentiasa sedia pada suhu yang tetap. Sungguhpun bekerja, susu ibu boleh diperah dan disimpan dengan mudah sekali.
  9. Penyusuan bayi menggalakkan ikatan (bonding). Kajian juga menunjukkan bayi yang disusui membesar menjadi seorang dewasa yang bertimbangrasa dan mudah memahami orang lain.
  10. Bayi yang disusui lebih daripada 6 bulan membesar dengan risiko rendah untuk mendapat tekanan darah tinggi dan paras kolestrolnya yang rendah.

Kebaikan ibu menyusu bayi memang banyak dan mungkin ada lagi selain daripada yang disebut di atas. Mungkin ada ibu-ibu lain yang tahu dan boleh kongsikan? Kebaikannya tidak terhad kepada bayi sahaja malah untuk ibu yang menyusu juga. Hasil daripada ibu menyusu bayi memberi kesan yang berpanjangan untuk kedua-dua ibu dan anak.

Nur Arissa Thaqifah menginjak usia 11 bulan

Alhamdulillah melangkah ke tarikh 3 April 2015 maka genaplah usia anakanda tercinta 11 bulan & syukur aku panjatkan kepada Allah s.w.t. kerana memberi ku peluang untuk menyusukan Arissa tanpa bantuan susu formula...



Mummy akan cuba lakukan yg t'baik & sedaya upaya untuk usahakan Arissa dapat menyusu dgn Mummy sehingga usia 2 tahun...Insyallah

Dan untuk pengetahuan semua cubaan penulisan di dalam blog ini buat pertama kali, adalah sebagai terjemahan perjalanan kami sekeluarga dan sedikit perkongsian kepada pembaca yang sudi berkongsi dengan kami.

Arissa, mummy & daddy sentiasa bersama kamu. Semoga Allah s.w.t. sentiasa melindungi & merahmati kamu.